Thursday, September 30, 2004

Dari Jemapoh ke Manchestee (10)

HARI KE-3: Lini pergi beli barang


"Mana kau tahu Lini tu pencuri?" - Mafiz
"Tengok muka dah kenal. Sekali pandang dah tahu" - Yadi

"Kau pun sama sekarang. Perangai macam orang tua. Sikit-sikit orang jahat. Lain sikit orang jahat" - Mafiz

Mafiz + Mila


Wednesday, September 29, 2004

Dari Jemapoh ke Manchestee (9)

Malam kedua - susun rancangan



"Kamu ni dari Felda ke?" - Mila
"Jangan hina Felda! Kami dari Jemapoh" - Mafiz
"Pandai cakap orang putih?" - Mila
"Lini boleh" - Mafiz
...

"Mari ikut sama la.. boleh tunjuk jalan" - Mafiz
"Mana peta? Mana pasport? Kamu ingat naik kereta saja boleh sampai ke? Ni gila punya kerja!" - Mila
"Lini kata, dia ada kawan di pelabuhan. Dia boleh tolong semua tu" - Mafiz

Tuesday, September 28, 2004

Dari Jemapoh ke Manchestee (8)

Kawan baru - Mila




"Siapa dia ni?" - Yadi
"Orang jahat ni. Bapak ayam" - Mila


"Ni nak ke mane ni?" - Mila
(Mafiz memandang dan menunjuk ke langit) "Kami nak pergi Manchestee" - Mafiz

"Pergi mane?" - Mila
"Manchestee. Manchestee U-Ni-Ted. Tak tahu ke? Team bola" - Yadi

"Main di mane?" - Mila
"Tak.. bukan main bola. Kami nak pergi Manchestee" - Mafiz

"Manchester lah, bukan Manchestee! Ada R kat hujung. Kau tahu ke, mana tu. Sebut nama pun tak betul, macam mana nak sampai sana. Huh, budak-budak Felda ker...?" - Mila
"Hey, gua dari Singapura kawan. Cool la.. gua orang town ape?" - Lini
"Tunjuk pasport kau. Eksyen pula dia ni.." - Yadi


"Bila sampai pekan depan ni, aku nak turun" - Mila
"Rileks la. Cool. Ape nak marah-marah. Bukan apa-apa. Kalau lu tak suka football, gua cool. Gua pun tak suka football. Gua sini pun baru campur diorang laa.. Cool!" - Lini

"Dia tak suka, dia boleh turun. Terima kasih pun takde cakap. Macam dia tahu sangat. Manchesterr, Manchesterrr. Dia ingat kita 'belia' ke?" - Yadi
"Cool brader. Manchestee ke, Manchester ke, apa susah. Kalau tak suka Manchester boleh singgah Paris. Hey, gua sudah lama plan la brader. Gua mau jumpa girlfriend gua. Lu mahu? Cool laaa" - Lini

Monday, September 27, 2004

Dari Jemapoh ke Manchestee (7)

HARI KE-2: Kawan baru - Lini


"Kamu orang hendak ke mane? Boleh gua tumpang?" - Lini
(Mafiz memandang dan menunjuk ke langit) "Heh! Manchestee" - Mafiz
"Mane? Manchester dekat Jerman tu kan?" - Lini
"Ha" - Mafiz



"Manchester. Liverpool. Semua anak muda main rock band" - Lini
"Takkan tu aje? Diorang main bola ape?" - Yadi
"Yadi.. nak tengok 'Manchester United' main. Aku nak cari ayah aku - kelasi di Liverpool" - Mafiz
"Ayah kamu kelasi? Wow, ayah lu cool!" - Lini



Friday, September 24, 2004

Dari Jemapoh ke Manchestee (6)

Malam pertama - gig underground



"Mintak teket, dua" - Mafiz
"-- kamu mahu ape?" - Penjual tiket
"Nak tengok muzik kat dalam" - Mafiz
"Umur brapa nie?" - Penjual tiket
"20 lebih" - Mafiz
"20 pakai macam nie? Takde pakaian lain ke? Selekeh sangat ni. Selekeh.. tahu tak? Kamu beli dari mane ha?" - Penjual tiket
...



"Bagi tiket tiga" - Lelaki baju batik
"Dah habis"- Penjual tiket
(Tiga orang anak muda membeli tiket)
"Macam mana mereka boleh dapat tiket? Cakap dah habis" - Lelaki baju batik
"Hmm.. diorang special"- Penjual tiket
"Kami lebih special. Kamu tahu kami siapa? Kau tahu dia ni siapa? Dia ni pegawai lah" - Lelaki baju batik
"Hey, dobo! Gua tak kire.. datuk ke, raja ke, sape ke. Tiket dah habees OK? Habis, ape nak buat. Nangis lah..."- Penjual tiket
"Mari kita masuk" - Lelaki baju batik
"Hoi, hoi! Hohoi.. dobo. Hey, tiket takde jangan masuk aa.."- Penjual tiket

Tuesday, September 21, 2004

Dari Jemapoh ke Manchestee (5)

Berhenti isi minyak - radio curi



"Takkan sampai Liverpool pun kau tak nak cakap dengan aku? Hal macam ni pun kita nak bergaduh. Berapa lama kita dah kawan? Takkan kau nak ambik hati sangat... Aku silap sikit. Maaflah... Memang, aku dah silap. Pasal radio ni pun kita jadi bergaduh. Radio sial ni!" - Yadi


Monday, September 20, 2004

Dari Jemapoh ke Manchestee (4)

Dalam perjalanan - jumpa polis



(Polis memegang skaf Manchester United di leher Yadi) "Ni, mana kau dapat ni?" - Polis
(Yadi ketakutan) "Kawan saya.. hantar dari Liverpool" - Yadi
"Ye? Hmm... Dah lama aku cari. (menunjuk pada skaf) Dah lama aku cari.. Ini skaf Manchester United kan? Engkau pun kaki bola ye? Hahahah.." - Polis

(Yadi menghulurkan skaf kepada polis)

(Polis ketawa dan memakai skaf) "Tak ade satu lagi untuk aku?" - Polis
"Satu je bang.. Nanti saya beli lagi satu. Saya hadiah untuk abang" - Yadi

(Polis mengembalikan skaf kepada Yadi) "Hah, mana kau nak cari..." - Polis
"Di Manchestee. Kitorang nak pergi sana lah ni" - Yadi

"Mana?" - Polis
"Manchestee" - Mafiz

"Manchester? (ketawa) Bagus... kau orang ni. Macam ni lah anak muda. Huh, mesti berani. Hm, apa dok tidur kat kampung aje. Haha, jalan-jalan.. tengok dunia... Bagus, bagus. Baik-baik jalan" - Polis

Dari Jemapoh ke Manchestee (3)

Rumah Mafiz - berkemas ke Manchestee



"Jam loceng ni bawak tak?" - Mafiz
"Buat ape jam tu.. Jam ke, masa ke.. dah tak penting. Apahal nak tengok-tengok jam" - Yadi

Friday, September 17, 2004

Selingan - PGL



Bagaikan Sakti
Siti Nurhaliza & M Nasir

Siti
aaaa...aaaa
cinta datang
tanpa diundang
seumur masa tercipta

mnasir
dia datang bagai sakti
bagai menyaksi mekar
kembang pagi
ooooohhh

Siti
cinta datang
dgn senyuman
panasnya membakar mentari

siti&mnasir
wajah yg tergambar
tak akan terpudar

siti
dari hati insan yg fana ini

siti&mnasir
fana ini...

mnasir
tak mungkin mentari
akan terus sembunyi

siti
tiada sempadan
tak bisa kulewati

korus (2x)
siti&mnasir
jika ini hakikatnya
aku serahkan jiwa & ragaku

siti
menantimu walau sengsara

siti&mnasir
jika ini ketentuannya

siti&mnasir
jika ini hakikatnya
aku serahkan jiwa & raga
jika ini ketentuannya
kau kan jadi milikku
jua

Dari Jemapoh ke Manchestee (2)

Rumah Yadi - sembang-sembang



"Kau ingat.. George Best buat apa sekarang?" - Yadi
"Mana la aku tahu... Kau ni gila betul laa. Tak habis-habis dengan George Best. Kau pergi kawin la dengan dia" - Mafiz
"Dia jantan aa.. George Best orang jantan laa, mana boleh kawin. Kau tak tahu ke? (senyum) Kalau pompuan boleh aaa.." - Yadi

(Yadi menunjuk gambar George Best kepada Mafiz) "Jambu la dia ni... Kita patut pergi sana la jumpa dia. Sini apa kita ada? Ada lembu!" - Yadi
(Mafiz ketawa) "Kau ingat George Best ada lembu ke?" - Mafiz
(Yadi ketawa) "Kenape? Takkan tak ade. Semua dia ade laa. Kereta ade... lembu lagi banyak!" - Yadi

"Eh.. kalau kita ada kereta syok kan? Boleh ronda-ronda. Pergi pekan boleh.. tengok wayang boleh" - Mafiz
(Mafiz terfikir) "Patut la ayah aku lari dari sini.." - Mafiz

"Ayah kau bukan lari laa. Dia kelasi kapal laa. Dah kena 'ngap' mat salleh!! (senyum) Kelasi mesti banyak bini.." - Yadi
"Elleh.. Kau ingat, ayah aku kawin sane ke?" - Mafiz
"Mane... (ketawa dan beri gambar George Best kepada Mafiz) Hmm, George Best ni.. anak-- Anak ayah engkau lah tu! Ada muka melayu ape. Jambu ape.. Dia tu jambu ape" - Yadi

Dari Jemapoh ke Manchestee (1)

ni adalah antara faveret aku... [enjoy]

Di Jemapoh - cita-cita, bukan angan-angan



"Halamaak... palat la kampung ni. Aku bosan macam nak mati kat sini. Tengok, main bola pun takde 'kaki'. Semua dah masuk askar" - Yadi

"Mana kita nak pergi ni jang?" - Mafiz

"Aku tak mahu lama di sini. Ini bukan kampung aku. Ada chance blah, aku blah" - Yadi

"Blah...? Ke mane?!" - Mafiz

"Aku? Kau tanya aku? (ketawa) Dari dulu aku dah cakap... aku nak pergi - Manchestee!" - Yadi

Tuesday, September 14, 2004

Sepet

Khas buat tatapan Suhaimi Sujak

Sepet - satu lagi buah tangan Yasmin...

Friday, September 10, 2004

Filem Kita Wajah Kita...


Puteri Gunung Ledang - filem malaysia termahal setakat ini


Buai Laju Laju - garapan Uwei Hj Shaari.. (org Pahang tu..)

Thursday, September 09, 2004

Nostalgia Filem Dulu-dulu... (1)


Azura... ada sinar di matamu....


Ali Setan... "tipah tertipu bang..."


Rozana Cinta 87... "Rozana, kau gadis idamanku.."

Wednesday, September 08, 2004

Independent Movie in Malaysia (1)

My all time favourite...


The Big Durian by Amir Muhammad.. (tak sempat tengok lagi..)


Spinning Gasing... A New Perspective...


Lips to Lips... A Multimedia Movie... Interesting..